Kenapa Ramai Anak Autism Pada Zaman Millenium?

Pada 1980, autism adalah satu perkataan yang sangat jarang didengari. Hanya 1 daripada 2000 mempunyai austim. Ini adalah disebabkan oleh kriteria diagnosis pada waktu berkenaan.

Autism telah disertakan ke dalam Diagnostic & Statistical Manual of Mental Disorder (DSM) 3 pada tahun 1980. DSM merupakan manual klasifikasi diagnosis yang dikeluarkan oleh American Psychiatric Association. Sebelum itu, kebanyakan kes autism mempunyai kesilapan diagnosis dan dimasukkan ke kondisi atau diagnosis lain. Antaranya pada tahun 1952 ia juga dikenali sebagai autism childhood subtype of schizophrenia.

1980-an banyak kajian terperinci telah dijalankan dan autism dinyatakan sebagai satu diagnosis yang tersendiri. Banyak kajian telah dijalankan untuk mengetahui punca, simptom, intervensi dan perkara lain yang berkaitan.

 

Pada 1987, ia juga dikenali sebagai Pervasive lack of responsiveness to other people.

Pada DSM 4 iaitu pada tahun 1994, telah disertakan kondisi seperti Asperger Syndrome, Pervasive Developmental Disorder No Otherwise Specified (PDD-NOS) dan Childhood Disintegrative Disorder. Asperger ialah autism spectrum disorder yang mempunyai keupayaan komunikasi verbal yang tinggi dan selalunya mempunyai kadar intelektual yang tinggi. PDD-NOS pula adalah diagnosis umum dimana individu tidak menepati kriteria atau kategori diagnosis lain.

Akhirnya pada tahun 2013, semua kondisi seperti Asperger & PDD-NOS diletakkan di bawah satu payung yang sama iaitu Autism Spectrum Disorder di DSM 5. Individu yang sebelum ini mungkin mempunyai diagnosis Asperger atau PDD-NOS akan diberi diagnosis Autism Spectrum Disorder.

Jika individu mempunyai limitasi dalam (komunikasi,sosial, tingkah laku terhad dan berulang) individu tersebut akan diberi diagnosis ASD namun jika tiada tingkah laku berulang, diagnosis Social Communication Disorder/ Pragmatic Language Impairment akan dilihat sebagai pilihan diagnosis di DSM 5.

Anak Autism

  • 1952 – Autism childhood subtype of schizophrenia, schizophrenia or other condition
  • 1980 – Infantile autism / Autistic Disorder
  • 1987 – Pervasive lack of responsiveness to other people
  • 1994 – Autistic disorder, Asperger disorder, Pervasive Developmental Disorder – Not other specified & Childhood Disintegrative Disorder
  • 2013 – Autism Spectrum Disorder

 

 

Download as PDF

Click to download this article in PDF format.