TAHAP AUTISM ANAK

APAKAH TAHAP AUTISM ANAK SAYA

Ramai ibu bapa ingin mengenal pasti tahap autism anak mereka dan ia merupakan sesuatu yang amat penting. Namun ibu bapa harus mengenalpasti dan memahami sokongan yang diperlukan oleh anak-anak kerana ia memainkan peranan yang sangat penting untuk perkembangan. Persekitaran yang sempurna adalah persekitaran menyokong dan membantu!

Autism yang bersifat spektrum menunjukkan kepelbagaian pada ciri dan simptom. Ada yang menunjukan IQ yang tinggi dan ada yang mempunyai tahap intelektual yang rendah. Ada yang mempunyai masalah komunikasi yang teruk tetapi ada juga yang menjadi penceramah. Ia menunjukkan setiap individu autism mempunyai kelebihan dan kekurangan yang berbeza.

Austim kini dibezakan mengikut 3 tahap mengikut tahap ciri/symptom yang dialami serta tahap sokongan yang diperlukan untuk kefungsian berbanding jenis atau sub autism.

TAHAP 1: MEMERLUKAN SOKONGAN / REQUIRING SUPPORT

Tahap 1 Autism merupakan klasifikasi yang secara amnya dikenali sebagai mempunyai kefungsian yang tinggi. Individu dalam tahap ini mempunyai kesukaran dalam komunikasi sosial seperti memulakan interaksi sosial atau melibatkan diri dalam perbualan dengan orang lain. Justeru, mereka akan mempunyai kesukaran untuk berkawan sekiranya tidak diberikan sokongan dalam membina hubungan dan berinteraksi. Sebagai contohnya, mereka dapat bercakap dengan ayat yang lengkap serta berkomunikasi namun mempunyai kesukaran berkawan atau berkomunikasi dengan orang lain.

Selain itu, mereka juga akan menunjukkan tingkah laku yang tidak fleksibel yang menyebabkan mereka tidak selesa dengan perubahan serta menganggu keupayaan memenuhi perkara yang mempunyai keperluan/kemahuan yang tinggi. Mereka juga akan mempunyai kesukaran membuat perubahan semasa aktiviti. Ini menyebabkan mereka enggan untuk mencuba perkara yang baru atau yang kompleks. Kesukaran merancang dan menyusun sesuatu proses kerja akan menganggu keberdikarian mereka.

TAHAP 2: MEMERLUKAN SOKONGAN SUBSTANSIAL / REQUIRING SUBSTANTIAL SUPPORT

Individu autism tahap 2 mempunyai keperluan sokongan yang lebih banyak atau kekerapan. Kesukaran komunikasi sosial dan tingkah laku berulang juga lebih jelas dapat diperhatikan pada individu di tahap 2. Mereka lebih cenderung untuk menggunakan ayat yang mudah/ringkas dan lebih gemar untuk interaksi yang menjurus kepada minat yang spesifik. Selain itu, mereka juga mempunyai kesukaran memahami isyarat sosial atau komunikasi tidak verbal seperti ekspresi muka.

Tingkah laku yang tidak fleksibel, kesukaran menghadapi perubahan, tingkah laku yang terhad atau berulang dapat disedari atau jelas secara pandangan subjektif. Ini akan menyebabkan kesukaran atau limitasi dalam aktiviti harian. Kesukaran mengubah fokus dan aktiviti akan menganggu keberdikarian.

TAHAP 3: MEMERLUKAN SOKONGAN SANGAT SUBTANSIAL/ REQUIRING VERY SUBSTANTIAL SUPPORT

Tahap 3 adalah tahap yang memerlukan bantuan dan sokongan yang sangat kerap. Individu di tahap 3 tidak dapat berkomunikasi secara verbal ataupun hanya dapat menggunakan beberapa perkataan. Mereka juga menunjukkan interaksi sosial yang sangat terhad dan mungkin tidak normal, dan hanya mencapai keperluan semasa. Ini menyebabkan mereka mengalami kesukaran untuk bermain dengan rakan yang lain dan untuk membina hubungan bersama orang sekeliling.

Mereka amat sukar untuk menerima sebarang perubahan dalam rutin dan persekitaran mereka serta sukar beralih fokus dari satu perkara ke perkara lain. Mereka juga menunjukkan corak tingkah laku yang berulang yang akan menjejaskan keupayaan mereka untuk berfungsi dalam aktiviti seharian.

 

TAHAP AUTISM ANAK SAYA

#playvelope #autism #autismawareness #autismacceptance #specialneedskids #awareness #acceptance

Download as PDF

Click to download this article in PDF format.