PARENT SUPPORT GROUP

SOTC Play & Development telah mengadakan beberapa siri Parent Support Group atau kumpulan sokongan ibu bapa. Kami membuka ruang buat semua ibu bapa untuk menambah pengetahuan dalam masa berkongsi cerita pengalaman dan cabaran.
Ini penting supaya ibu bapa tidak berasa keseorangan dalam membesarkan anak-anak istimewa.

Sesi seperti ini membuatkan ibu bapa berasa “normal”, dimana mereka sedar terdapat ibu bapa lain juga yang menghadapi situasi serupa dan dapat menambah keyakinan diri. Mereka juga dapat melepaskan tekanan melalui aktiviti yang diadakan dalam sesi tersebut. Seorang koordinator bertindak sebagai penghubung komunikasi.

Nak tahu lebih lanjut?

Hubungi kami sekarang!